You Are Reading

0

PERLAWANAN DIBATALKAN...

amir Z Saturday, December 31, 2011



Hujan lebat yang turun sebelum perlawanan memaksa pertemuan dua gergasi Pantai Timur, Kelantan menentang Terengganu yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi ditamatkan lebih awal.
Perlawanan yang masih terikat tanpa jaringan itu ditamatkan pada m-35 setelah pihak pengurusan kedua-dua pasukan bersetuju menamatkan lebih awal atas faktor keselamatan pemain.
Kehampaan jelas terpancar hampir lapan ribu penyokong setia The Red Warriors yang ingin menyaksikan perlawanan pra musim berakhir dengan noktah kemenangan sebelum menghadapi Negeri Sembilan dalam perlawanan Sumbangsih pada 7 Januari ini.
Sebaik sahaja wisel perlawanan ditiupkan, pasukan Terengganu memulakan asakan awal menerusi penyerang importnya, Francis Forky Doe yang berhadapan dengan Khairul Fahmi Che Mat namun penjaga gol kebangsaan itu lebih pantas meluru keluar menyelamatkan keadaan.
Tiga minit kemudian, penyerang Terengganu, Mohamad Ashaari Samsuddin mempunyai peluang terbaik untuk meletakkan pasukannya di depan tetapi rembatan dari luar kotak penalti sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol Kelantan.
Pada m-19, Mohamad Ashaari sekali gagal meletakkan bola di dalam gawang Kelantan apabila rembatan tingginya hanya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Kelantan setelah menerima hantaran lintang daripada  Forky Doe.
Disebalik serangan merbahaya pasukan pelawat, Kelantan turut mempunyai peluang untuk mendahului pada m-29 menerusi Norshahrul Idlan Talaha namun penjaga gawang Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli bijak membaca gerakannya.
Empat minit kemudian, penyerang kebangsaan Lubnan, Mohammed Ghaddar terlepas peluang untuk memastikan gol pertama untuk Kelantan apabila rembatan kencangnya di dalam kotak penalti diselamatkan Mohd Sharbinee Allawee.
Namun hujan lebat yang berterusan memaksa pengadil perlawanan, Mohd Izani Said menamatkan perlawanan lebih awal pada m-35 setelah permukaan padang ditakungi air sehingga menjejaskan corak persembahan kedua-dua pasukan.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, Azizi Matt Rose, S Subramaniam, Mohamad Zamri Ramli, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad, Mohd Shakir Shaari (KP), Norshahrul Idlan Talaha, Denny Antwi dan Mohammed Ghaddar.
FORMASI : 4-3-3
TERENGGANU : Mohd Sharbinee Allawee Ramli (KP), Erison Da Silva, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Faizal Muhamad, Mohd Zubir Mohd Azmi, Mazlizam Mohamad, ,Abdul Shukor Jusoh, Ismail Faruqi Ashari, Mohamad Ashaari Shamsuddin, Abdul Manaf Mamat dan Francis Forky Doe.
FORMASI : 4-4-2
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Mohd Izani Said
Penolong Pengadil 1: Rahimi Mohd Nor
Penolong Pengadil 2: Zulhilmi Jusoh
Pegawai Keempat : Rosli Nawi
Kommisioner Perlawanan : Abdul Ghani Omar
General Kordinator : Arif Hassan
CREDIT FOR KELATE.NET 










0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 ZoN hEnTaM.NeT