You Are Reading

0

AURAT WANITA:KENAPA NIE????

amir Z Saturday, December 24, 2011
AURAT WANITA KENA JAGA DENGAN RAPI TAU......








Assalamualaikum dan salam sejahtera.....Hari nie aku nak menghentam orang yang yang bernama perempuan tapi tidak menutup aurat seperti yang mengikut syarak..

Aku dapat idea nak tulis benda nie bila aku buka facebook pagi dan aku tengok ramai budak prmpuan bercakap tentang aurat pada wall mereka.So,aku berblogwalking la cari bahan nak citer kat korang.

 PENGERTIAN AURAT
    

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang tertentu.

Aku tengok sekarang nie perempuan kat negara kita nie macam tak kisah dorang tunjuk aurat kat orang lain especially untuk orang laki.Tak tau la aku mungkin dia rasa bangga dapat menayang bentuk badannya yang kononnya seksi bagi diri dia.

Aku nak bagitau wanita yang pakai seksi-seksi tergolong dalam wanita yang murahan tau..Kau ingat laki nie nak sangat ke pompuan seksi-seksi nie..Pada zaman sekarang juga ada perempuan yang memakai tudung tetapi rambut keluar kat belakang.Nasihat aku baik kau tak payah pakai tudung la kalau kau masih nak tunjukkan rambut kau yang konon-kononnya pakai shempu Sunsilk tu yang beli kat pasar malam....

Dah baca aku menghentamkan??
sekarang nie aku nak bagitau kat korang perbezaan aurat wanita dalam sesuatu keadaan..

1. Aurat Ketika Sembahyang:
    Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian:
    Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram:
    
   Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yan boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku.


Oleh itu kepada wanita yang tidak mengambil berat tentang aurat mereka.Tolonglah sentiasa ambil berat tentang aurat kerana aurat adalah mahkota paling bernilai kerana jika anda menjaga aurat maka maruah anda juga akan terpelihara..


p/s:perkara diatas hanya pandangan dan nasihat serta pendapat daripada Zon Hentam..Diharap perkara diatas dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian bagi seluruh muslimah di Malaysia dan dunia.. 

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 ZoN hEnTaM.NeT