Archives

0

PERLAWANAN DIBATALKAN...

amir Z Saturday, December 31, 2011



Hujan lebat yang turun sebelum perlawanan memaksa pertemuan dua gergasi Pantai Timur, Kelantan menentang Terengganu yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi ditamatkan lebih awal.
Perlawanan yang masih terikat tanpa jaringan itu ditamatkan pada m-35 setelah pihak pengurusan kedua-dua pasukan bersetuju menamatkan lebih awal atas faktor keselamatan pemain.
Kehampaan jelas terpancar hampir lapan ribu penyokong setia The Red Warriors yang ingin menyaksikan perlawanan pra musim berakhir dengan noktah kemenangan sebelum menghadapi Negeri Sembilan dalam perlawanan Sumbangsih pada 7 Januari ini.
Sebaik sahaja wisel perlawanan ditiupkan, pasukan Terengganu memulakan asakan awal menerusi penyerang importnya, Francis Forky Doe yang berhadapan dengan Khairul Fahmi Che Mat namun penjaga gol kebangsaan itu lebih pantas meluru keluar menyelamatkan keadaan.
Tiga minit kemudian, penyerang Terengganu, Mohamad Ashaari Samsuddin mempunyai peluang terbaik untuk meletakkan pasukannya di depan tetapi rembatan dari luar kotak penalti sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol Kelantan.
Pada m-19, Mohamad Ashaari sekali gagal meletakkan bola di dalam gawang Kelantan apabila rembatan tingginya hanya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Kelantan setelah menerima hantaran lintang daripada  Forky Doe.
Disebalik serangan merbahaya pasukan pelawat, Kelantan turut mempunyai peluang untuk mendahului pada m-29 menerusi Norshahrul Idlan Talaha namun penjaga gawang Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli bijak membaca gerakannya.
Empat minit kemudian, penyerang kebangsaan Lubnan, Mohammed Ghaddar terlepas peluang untuk memastikan gol pertama untuk Kelantan apabila rembatan kencangnya di dalam kotak penalti diselamatkan Mohd Sharbinee Allawee.
Namun hujan lebat yang berterusan memaksa pengadil perlawanan, Mohd Izani Said menamatkan perlawanan lebih awal pada m-35 setelah permukaan padang ditakungi air sehingga menjejaskan corak persembahan kedua-dua pasukan.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, Azizi Matt Rose, S Subramaniam, Mohamad Zamri Ramli, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad, Mohd Shakir Shaari (KP), Norshahrul Idlan Talaha, Denny Antwi dan Mohammed Ghaddar.
FORMASI : 4-3-3
TERENGGANU : Mohd Sharbinee Allawee Ramli (KP), Erison Da Silva, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Faizal Muhamad, Mohd Zubir Mohd Azmi, Mazlizam Mohamad, ,Abdul Shukor Jusoh, Ismail Faruqi Ashari, Mohamad Ashaari Shamsuddin, Abdul Manaf Mamat dan Francis Forky Doe.
FORMASI : 4-4-2
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Mohd Izani Said
Penolong Pengadil 1: Rahimi Mohd Nor
Penolong Pengadil 2: Zulhilmi Jusoh
Pegawai Keempat : Rosli Nawi
Kommisioner Perlawanan : Abdul Ghani Omar
General Kordinator : Arif Hassan
CREDIT FOR KELATE.NET 










2

CUTE:COMEL USAP BAYI TENGAH TIDO

amir Z Tuesday, December 27, 2011

KUCING LEBIH BAIK DARIPADA MANUSIA

Kita tahu zaman sekarang manusia dah takde rasa sayang kat bayi sampai mereka sanggup buang bayi yang tak berdosa..Lain plk cerita si kucing hitam nie...Walaupun kucing,haiwan ini juga mempunyai naluri kasih sayang yang sangat kuat..cuba tengok video kat bawah nie....



 



Ambil la iktibar melalui video ini.....Hanya nasihat yang boleh saya buat untuk mengubah sesuatu pekara...

.


0

LAWAK ICT...

amir Z Monday, December 26, 2011
Tadi time aku duk tengah chat dalam skype,ade abang aku nie suruh kasi lawak nie kat pembaca ZON HENTAM:





WIKIPEDIA : Aku tahu semuanya..

FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang..

FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi..

MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook..

TWITTER : Takpe Facebook,aku back-up kau..

GOOGLE : DIAMMM !! Aku ada semuanya..

MOZILA : Eh , tanpa aku , korang tidak boleh diakses..

IE : Wei Mozilla , sendrik mau ingat ha . . gua kan ada..

MOZILA : Lu pehal ? Kacau line orang jer..

IE : Lu dulu la mamat , mengaku lu jer boleh akses..

INTERNET : Sudah !!! jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde ,kamu semua lagi la takde ! Power tak aku ?

FACEBOOK : Hmmm , akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk !!!

YAHOO : Facebook, jangan riak . Kalau aku takde, mana boleh buat email !

MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu ?

TNB : Diamlah semua, nanti aku matikan elektrik . . baru tau siapa paling power !


p/s:daripada salah seorang pembaca ZON HENTAM.NET...







0

GUA TABIK SAMA LU ADAM ADLI......

amir Z
SANGGUP TURUNKAN BENDERA NAJIB.....








Dalam post kali nie aku bukan nak bercakap pasal politik tapi just nak bagitau kat korang tentang berapa beraninya mahasiswa menurunkan bendera Perdana Menteri kerana ingin menunjukkan tanda protes terhadap sistem pengajian tinggi.


Mahasiswa tersebut ialah Adam Adli yang berumur 22 tahun.Beliau juga pelajar tahun 3 di Maktab Perguruan Sultan Idris (UPSI).


Kat dalam post nie skali lagi aku nak ingatkan bahawa ia bukan berunsur politik tetapi hanya pandangan aku je..Sejak insiden menurunkan bendera tu,Adam Adli dikatakan mendapat ugutan serta ancaman..







Aku rasa perbuatan macam tu tak salah kerana mahasiswa terbabit hanya menurunkan bendera selama 15 minit.Dalam Undang-Undang negara MALAYSIA juga aku rasa tidak yang mengatakan "Tidak Boleh Turunkan Bendera Najib"...Perkara macam nie baik berbanding ada sebuah blog yang bernama Papa Gomo kalau tak silap aku yang mencaci serta memfitnah Adam Adli sebagai seorang Gay..Bagi korang perbuatan ftnah lebih baik ke daripada menurunkan bendera Perdana Menteri korang..Aku bukan nak menyebelahi Adam Adli tetapi hanya pendapat serta pandangan aku..


Untuk pengetahuan korang blog Papa Gomo ialah salah satu daripada blog UMNO kalau tak silap aku..Satu lagi aku nak gitau korang,janganla kerana politik pemimpin negara sanggup menghina dan mencaci para-para ulamak.. 


Yang terakhir kepada saudara dan saudari yang membaca nie,kalau pergi kuliah atau ceramah agama janganlah hanya mendengar selama 10 saat dan terus menaburkan fitnah dan mempersendakan agama.Dengar sampai habis tau kerana kalau anda mendengar hanya 10 saat,benda yang anda dapat tidak akan sama dengan huraian dalam sesuatu kuliah..   


jadi, sama-samalah kita duduk berbincang. janganlah masing-masing menunding jari menyalahkan orang lain sedangkan kita tak tahu situasi yang sebenarnya. setiap perkara itu ada jalan penyelesaiannya. cuma terpulang kepada diri kita untuk selesaikan dengan cara baik atau cara buruk. walahualam.




p/s:hanya sekadar pendapat dan pandangan daripada Zon Hentam.Net serta tiada kene mengena dengan politik..







0

Safee dan Apex ke QPR???

        


SAFEE DAN KHAIRUL FAHMI MENJALANI UJIAN DI QPR

Queens Park Ranggers dikatakan sedia menguji pemain penyerang sensasi negara Safee Sali dan Spiderman Malaysia Khairul Fahmi Che Mat untuk menjalani latihan bersama kelab liga perdana Inggeris tersebut.

Ini kerana pembelian kelab tersebut oleh Syarikat Tune Sport yang bukan hanya untuk tujuan komersial tetapi juga untuk meningkatkan mutu bola sepak tempatan.

Malah,ahli lembaga pengarah Tune Sport iaitu Datuk Kamaruddin Maranun berkata,pemilikan kelab tersebut bukan sahaja untuk tujuan komersial tetapi unyuk meningkatkan mutu bola sepak negara dan 


 

 
Copyright 2010 ZoN hEnTaM.NeT