Featured Contents

Kelantan 2012

Bola sepak Kelantan semakin maju apabila Kelantan mempunyai ramai pemain berbakat antara pemain yang paling menyerlah ialah Mohd Badhri Radzi dan Nor Shahrul Idlan Talaha. [...]

Sample Post 2

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. [...]

Sample Post 3

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. [...]

Sample Post 4

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. [...]

Latest Posts

0

KHAIRUL FAHMI THE BEST GOAL KEEPER IN ASIA

amir Z Thursday, January 5, 2012
DOMINATE THE ASIAN BEST GOAL KEEPER

Khairul Fahmi Che Mat or the famous name in Malaysia is Apex should be a great goal keeper in Asia because he show a world class performers with his club Kelantan and his country Malaysia.
Khairul Fahmi perform very well after Malaysian coach K.Rajagobal give a chance to play in important match like AFF Suzuki Cup.

Khairul Fahmi show his credibility as a the best goal keeper in Malaysia in every competition.
Khairul Fahmi also be a great goal keeper after he join Kelantan Fa.With his discipline and a big determination to be a goal keeper for any club in Europe,Khairul Fahmi not fed up with his training and try the best in every competition with his club or country.

Khairul Fahmi Che Mat





 
 Khairul Fahmi Che Mat also largely an iconic figure in Malaysian football in 2011 with his impeccable performances for both club and country. The 22-year-old goalkeeper was impressive in Kelantan's Super League triumph, while also being a consistent figure between the sticks, during Malaysia's SEA Games win.

Khairul Fahmi also as a captain Malaysia U-23 and he also help Malaysia U-23 emerge to the third qualified for Olympic London 2012.

All Malaysian people want this player play with a Europe team in his future.





P/s:Sorry kalau ada salah grammar ke ape..kali pertama aku buat posting dalam English Language*** 
0

MAHASISWA UPSI MAHU NAJIB MINTA MAAF...

amir Z Sunday, January 1, 2012
MAHU PERDANA MENTERI MINTA MAAF ATAS KEKERASAN POLIS....


Apahal sekarang nie polis dah jadi jahat sampai dah berani pukul-pukul orang...
Kenapa?polis dah jadi kuli kerajaan ke?
Takkan la demonstrasi biasa menuntut hak pun nak pukul-pukul....
Mereka hanya menuntut kebebasan kawan diorang je,takkan la nak pukul-pukul atas alasan nak leraikan demonstrasi..
Dulu masa ada demonstrasi pihak polis tak pukul-pukul pun...
Kenapa sekarang nak pukul-pukul plak??
Sori la lau terasa tapi baca la sendiri kat bawah...


SHAH ALAM – Kumpulan mahasiswa yang terlibat dengan perhimpunan menuntut kebebasan Adam Adli Abdul Halim dan akademik di pekarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) awal pagi tadi mahu Datuk Seri Najib Tun Razak agar memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam berhubung kekasaran pihak polis.

Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata, tindakan polis melakukan kekasaran terhadap mereka termasuk menyebabkan Pengerusi Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang cedera parah tidak sepatutnya berlaku.

Menurut Haziq, tindakan polis menumbuk dan menendang untuk meleraikan demonstrasi adalah tidak relevan kerana kumpulan mahasiswa terbabit tidak melakukan apa-apa yang mencetuskan keganasan dan hanya baring beramai-ramai di depan pintu utama Upsi.

“Kami kesal atas tindakan polis berkenaan, selain meminta Datuk Seri Najib memohon maaf dalam tempoh 24 jam, kami juga akan membawa kes ini kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Dalam perkembangan berkaitan seramai 17 mahasiswa yang ditahan di Balai Polis Tanjung Malim telah dibebaskan sekitar 4 petang tadi.

Safwan masih dirawat di Hospital Slim River dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menceritakan insiden yang berlaku malam tadi, Haziq berkata mereka mula berkumpul di pintu utama Upsi pada jam 1.50 pagi dan sempat memberi ucapan selama 10 minit sebelum pihak polis dan FRU tiba.

“Polis memberi amaran supaya menghentikan perhimpunan jika tidak akan sembur gas pemedih mata dan ketika kami ingin ke depan pintu pagar Upsi, tiba-tiba seorang pegawai polis datang, ingin menarik Safwan ke trak polis.

“Mahasiswa yang berhimpun menjadi marah dan berlaku pergelutan antara kami dan polis, dan di situ kami dibelasah, ditumbuk dan ditendang,” katanya.

Haziq berkata, Safwan yang pernah mempunyai rekod perubatan di mana tulang mukanya pernah retak, telah ditumbuk oleh pegawai polis mengakibatkan dia menggigil kesakitan dan rebah di atas jalan.

Jelas Haziq, insiden memecah pintu masuk Klinik Syifa berhampiran adalah kerana keadaan memaksa iaitu ingin membantu Safwan yang menggigil dan berlumuran darah.

                                                                   

“Kami tidak dapat membawa Safwan ke hospital kerana kunci kereta sudah dirampas, lalu pergi ke klinik berkenaan dan merayu kepada pembantu jururawat agar membuka pintu tetapi enggan berbuat demikian.

“Tiba-tiba berlaku adegan tolak-menolak antara kami dan pihak polis di depan pintu klinik menyebabkan pintu itu pecah, ramai yang cedera akibat insiden itu tetapi polis tidak memberi sebarang bantuan perubatan kepada kami,” katanya.

Haziq, antara 17 mahasiswa yang ditahan berkata, Safwan kemudiannya dibawa ke hospital dengan kereta rakannya.

“Saya dan 16 yang lain dibawa ke balai polis untuk memberi keterangan, kemudian ditahan beberapa jam sebelum dibebaskan petang tadi,” katanya.




SUMBER:SINAR HARIAN

p/S:hanya pendapat dan luahan hati Zon-hentam.blogspot.com


0

TIKET GRANDSTAND PERTAMA AKU......

amir Z
KALI PERTAMA TENGOK BOLA DI TEMPAT DUDUK GRANDSTAND

Gambar kat sebelah nie la tiket Grandstand pertama aku selama aku pergi tengok pasukan kegemaran aku iaitu team Kelantan beraksi..
Memang puas hati siot bila kali pertama dapat duduk dan tengok bola dengan pemandangan yang best..

Nak tau kenapa aku ambik tiket Grandstand yang tak pernah aku ambik? Sebab..malam game Kelantan vs Terengganu tu hujan lebat sangat sampai game Kelantan malam tu dibatalkan belum sempat abis separuh masa pertama agi...

Tapi nasib baik la tiket tu kawan father aku yang sponsor...hehe,,takla rasa rugi sangat..al maklumla,,,,tiket sponsor...Kepada yang pernah ambik tiket Grandstand,mesti korang dah tahu apa benda warna pink tu...Untuk yang tak pernah ambik,,Benda yang warna pink tu ialah no kerusi yang korang akan duduk..ha,tu no kerusi yang aku duduk..

Banyak keistimewaan yang aku baru tahu bila ambik tiket nie,first,korang dah tak risau nak masuk bila sebab kerusi korang takkan ada yang akan rembat..So,korang boleh makan-makan dulu kat luar stadium sebelum masuk stadium..Kalau korang ambik tiket biasa,korang kene berebut nak masuk nk cari tempat yang selesa..
tak rugi la walaupun korang bayar RM20 ringgit...

Aku memang respect la kat penyokong Kelantan,bukan nak memuji penyokong negeri aku,tapi memang aku bangga la sebab walaupun hujan,mereka tetap setia tunggu sebab nak tengok game Kelantan..Korang tengok la sendiri gambar kat bawah walaupun hujan lebat..

tetap setia walaupun hujan..









sori,,kamera kurang jelas akibat hujan lebat



 

0

PERLAWANAN DIBATALKAN...

amir Z Saturday, December 31, 2011



Hujan lebat yang turun sebelum perlawanan memaksa pertemuan dua gergasi Pantai Timur, Kelantan menentang Terengganu yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi ditamatkan lebih awal.
Perlawanan yang masih terikat tanpa jaringan itu ditamatkan pada m-35 setelah pihak pengurusan kedua-dua pasukan bersetuju menamatkan lebih awal atas faktor keselamatan pemain.
Kehampaan jelas terpancar hampir lapan ribu penyokong setia The Red Warriors yang ingin menyaksikan perlawanan pra musim berakhir dengan noktah kemenangan sebelum menghadapi Negeri Sembilan dalam perlawanan Sumbangsih pada 7 Januari ini.
Sebaik sahaja wisel perlawanan ditiupkan, pasukan Terengganu memulakan asakan awal menerusi penyerang importnya, Francis Forky Doe yang berhadapan dengan Khairul Fahmi Che Mat namun penjaga gol kebangsaan itu lebih pantas meluru keluar menyelamatkan keadaan.
Tiga minit kemudian, penyerang Terengganu, Mohamad Ashaari Samsuddin mempunyai peluang terbaik untuk meletakkan pasukannya di depan tetapi rembatan dari luar kotak penalti sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol Kelantan.
Pada m-19, Mohamad Ashaari sekali gagal meletakkan bola di dalam gawang Kelantan apabila rembatan tingginya hanya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Kelantan setelah menerima hantaran lintang daripada  Forky Doe.
Disebalik serangan merbahaya pasukan pelawat, Kelantan turut mempunyai peluang untuk mendahului pada m-29 menerusi Norshahrul Idlan Talaha namun penjaga gawang Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli bijak membaca gerakannya.
Empat minit kemudian, penyerang kebangsaan Lubnan, Mohammed Ghaddar terlepas peluang untuk memastikan gol pertama untuk Kelantan apabila rembatan kencangnya di dalam kotak penalti diselamatkan Mohd Sharbinee Allawee.
Namun hujan lebat yang berterusan memaksa pengadil perlawanan, Mohd Izani Said menamatkan perlawanan lebih awal pada m-35 setelah permukaan padang ditakungi air sehingga menjejaskan corak persembahan kedua-dua pasukan.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, Azizi Matt Rose, S Subramaniam, Mohamad Zamri Ramli, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad, Mohd Shakir Shaari (KP), Norshahrul Idlan Talaha, Denny Antwi dan Mohammed Ghaddar.
FORMASI : 4-3-3
TERENGGANU : Mohd Sharbinee Allawee Ramli (KP), Erison Da Silva, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Faizal Muhamad, Mohd Zubir Mohd Azmi, Mazlizam Mohamad, ,Abdul Shukor Jusoh, Ismail Faruqi Ashari, Mohamad Ashaari Shamsuddin, Abdul Manaf Mamat dan Francis Forky Doe.
FORMASI : 4-4-2
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Mohd Izani Said
Penolong Pengadil 1: Rahimi Mohd Nor
Penolong Pengadil 2: Zulhilmi Jusoh
Pegawai Keempat : Rosli Nawi
Kommisioner Perlawanan : Abdul Ghani Omar
General Kordinator : Arif Hassan
CREDIT FOR KELATE.NET 










2

CUTE:COMEL USAP BAYI TENGAH TIDO

amir Z Tuesday, December 27, 2011

KUCING LEBIH BAIK DARIPADA MANUSIA

Kita tahu zaman sekarang manusia dah takde rasa sayang kat bayi sampai mereka sanggup buang bayi yang tak berdosa..Lain plk cerita si kucing hitam nie...Walaupun kucing,haiwan ini juga mempunyai naluri kasih sayang yang sangat kuat..cuba tengok video kat bawah nie....



 



Ambil la iktibar melalui video ini.....Hanya nasihat yang boleh saya buat untuk mengubah sesuatu pekara...

.


0

LAWAK ICT...

amir Z Monday, December 26, 2011
Tadi time aku duk tengah chat dalam skype,ade abang aku nie suruh kasi lawak nie kat pembaca ZON HENTAM:





WIKIPEDIA : Aku tahu semuanya..

FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang..

FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi..

MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook..

TWITTER : Takpe Facebook,aku back-up kau..

GOOGLE : DIAMMM !! Aku ada semuanya..

MOZILA : Eh , tanpa aku , korang tidak boleh diakses..

IE : Wei Mozilla , sendrik mau ingat ha . . gua kan ada..

MOZILA : Lu pehal ? Kacau line orang jer..

IE : Lu dulu la mamat , mengaku lu jer boleh akses..

INTERNET : Sudah !!! jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde ,kamu semua lagi la takde ! Power tak aku ?

FACEBOOK : Hmmm , akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk !!!

YAHOO : Facebook, jangan riak . Kalau aku takde, mana boleh buat email !

MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu ?

TNB : Diamlah semua, nanti aku matikan elektrik . . baru tau siapa paling power !


p/s:daripada salah seorang pembaca ZON HENTAM.NET...







0

GUA TABIK SAMA LU ADAM ADLI......

amir Z
SANGGUP TURUNKAN BENDERA NAJIB.....








Dalam post kali nie aku bukan nak bercakap pasal politik tapi just nak bagitau kat korang tentang berapa beraninya mahasiswa menurunkan bendera Perdana Menteri kerana ingin menunjukkan tanda protes terhadap sistem pengajian tinggi.


Mahasiswa tersebut ialah Adam Adli yang berumur 22 tahun.Beliau juga pelajar tahun 3 di Maktab Perguruan Sultan Idris (UPSI).


Kat dalam post nie skali lagi aku nak ingatkan bahawa ia bukan berunsur politik tetapi hanya pandangan aku je..Sejak insiden menurunkan bendera tu,Adam Adli dikatakan mendapat ugutan serta ancaman..







Aku rasa perbuatan macam tu tak salah kerana mahasiswa terbabit hanya menurunkan bendera selama 15 minit.Dalam Undang-Undang negara MALAYSIA juga aku rasa tidak yang mengatakan "Tidak Boleh Turunkan Bendera Najib"...Perkara macam nie baik berbanding ada sebuah blog yang bernama Papa Gomo kalau tak silap aku yang mencaci serta memfitnah Adam Adli sebagai seorang Gay..Bagi korang perbuatan ftnah lebih baik ke daripada menurunkan bendera Perdana Menteri korang..Aku bukan nak menyebelahi Adam Adli tetapi hanya pendapat serta pandangan aku..


Untuk pengetahuan korang blog Papa Gomo ialah salah satu daripada blog UMNO kalau tak silap aku..Satu lagi aku nak gitau korang,janganla kerana politik pemimpin negara sanggup menghina dan mencaci para-para ulamak.. 


Yang terakhir kepada saudara dan saudari yang membaca nie,kalau pergi kuliah atau ceramah agama janganlah hanya mendengar selama 10 saat dan terus menaburkan fitnah dan mempersendakan agama.Dengar sampai habis tau kerana kalau anda mendengar hanya 10 saat,benda yang anda dapat tidak akan sama dengan huraian dalam sesuatu kuliah..   


jadi, sama-samalah kita duduk berbincang. janganlah masing-masing menunding jari menyalahkan orang lain sedangkan kita tak tahu situasi yang sebenarnya. setiap perkara itu ada jalan penyelesaiannya. cuma terpulang kepada diri kita untuk selesaikan dengan cara baik atau cara buruk. walahualam.




p/s:hanya sekadar pendapat dan pandangan daripada Zon Hentam.Net serta tiada kene mengena dengan politik..







 
Copyright 2010 ZoN hEnTaM.NeT